Isnin, 14 Disember 2020

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Sesungguhnya ketika ini satu dunia sedang merasai tempoh yang memerlukan tahap kesabaran serta kekuatan yang tinggi untuk menghadapi cabaran dikala satu yang bergelar virus pandemik sedang mengancam kessluruhan muka bumi, yang dinamakan COVID19.

Apa yang kita boleh buat ketika ini sebagai orang biasa ialah dengan menjaga kendiri dari aspek pemakanan,kebersihan diri dan mengawal pergaulan sosial. Di samping itu kita perlu terus berdoa dengan bersungguh sungguh serta terus berusaha agar wabak ini reda,dan kita boleh menjalani kehidupan yang biasa dan normal. Di samping itu kita haruslah menyambut baik usaha semua pihak yang terlibat dalam memastikan kita selamat dan terhindar dari pandemik ini.

Dengan izin Allah kita sama-sama boleh hadapi cabaran ini,InsyaAllah 



Ahad, 14 Julai 2019

Maka apakah ketetetapan hati kita?

Apakah sebarang usaha daripada kita?

Perlukah kita menjadikan impian dan kenyataan itu selari?

Tepuk dada tanya diri...guna panduan yang betul

Isnin, 14 Disember 2015

Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.


Pada 4 Disember yang lalu,saya bersama 3 rakan yang lain meluangkan masa untuk pergi ke Pejabat Yayasan Orang Buta Malaysia (MFB) yang terletak di Brickfields, Kuala Lumpur. Tujuan kami pergi ke sana adalah untuk menyempurnakan salah satu kerja kursus kami, Bahasa Inggeris Kerjaya.


Kami bertemu dengan CEO, Encik Silatul Rahim Dahman. Ketika berjumpa dengan beliau, beliau berkongsi banyak fakta dan realiti yang sebenarnya dihadapi orang kurang upaya penglihatan di Malaysia ketika ini. Ternyata hati kami tersentuh apabila dikongsikan segala jerih perih yang perlu dihadapi golongan ini.


Sebelum kami pergi, beliau ada pesan,sekiranya ada golongan ini datang mencari rezeki,layan mereka dengan baik,bantulah mereka,andai tak dapat tolong pun,berilah respon yang sebaiknya. Andai mereka mahu menipu,itu urusan mereka dengan Tuhan.

Mereka memerlukan sokongan anda semua. Ikuti Laman Facebook dan Laman Utama mereka untuk mendapatkan kemaskini terkini, dan sekiranya ada bantuan yang boleh diberikan,bantulah mereka semampunya.

Itu sahaja yang saya dapat kongsikan kepada anda semua buat masa ini. Terima kasih kerana sudi baca.




;;

By :
Free Blog Templates