Isnin, 14 Disember 2015

Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.


Pada 4 Disember yang lalu,saya bersama 3 rakan yang lain meluangkan masa untuk pergi ke Pejabat Yayasan Orang Buta Malaysia (MFB) yang terletak di Brickfields, Kuala Lumpur. Tujuan kami pergi ke sana adalah untuk menyempurnakan salah satu kerja kursus kami, Bahasa Inggeris Kerjaya.


Kami bertemu dengan CEO, Encik Silatul Rahim Dahman. Ketika berjumpa dengan beliau, beliau berkongsi banyak fakta dan realiti yang sebenarnya dihadapi orang kurang upaya penglihatan di Malaysia ketika ini. Ternyata hati kami tersentuh apabila dikongsikan segala jerih perih yang perlu dihadapi golongan ini.


Sebelum kami pergi, beliau ada pesan,sekiranya ada golongan ini datang mencari rezeki,layan mereka dengan baik,bantulah mereka,andai tak dapat tolong pun,berilah respon yang sebaiknya. Andai mereka mahu menipu,itu urusan mereka dengan Tuhan.

Mereka memerlukan sokongan anda semua. Ikuti Laman Facebook dan Laman Utama mereka untuk mendapatkan kemaskini terkini, dan sekiranya ada bantuan yang boleh diberikan,bantulah mereka semampunya.

Itu sahaja yang saya dapat kongsikan kepada anda semua buat masa ini. Terima kasih kerana sudi baca.




0 Comments:

Post a Comment



By :
Free Blog Templates