Ahad, 29 Januari 2023

Assalamualikum WBT dan Salam Sejahtera

Sepanjang dua minggu iaitu pada 11/1/2023 sehingga 19/1/2023, kelas PQI6004 di Universiti Malaya telah mengadakan sesi pembentangan lesson plan(rancangan pembelajaran) secara berkumpulan. Pensyarah membenarkan pelajar di dalam kelas kami untuk membentuk satu kumpulan yang ramainya minimum 2 orang dan maksimum 4 orang dalam satu kumpulan.

Setiap kumpulan perlu menyediakan rancangan pembelajaran bagi satu topik,dan setiap kumpulan juga dikehendaki untuk melakukan demonstrasi bagi rancangan pembelajaran yang telah dibuat.

Saya membuat kumpulan dengan saudara Roslan dan saudara Raihan Iezlan (aka Roy). Kami membuat rancangan pembelajaran untuk subjek Pendidikan Islam Tingkatan 3 dalam topik Penciptaan Manusia. Untuk topik ini para pelajar perlu membaca surah Ghafir ayat 67 beserta terjemahannya. Dalam masa yang sama, pelajar akan dideahkan dengan informasi berkenaan penciptaan manusia menurut ajaran Islam. Saya dan Roy ditugaskan untuk memberi penerangan kepada proses pembelajaran mengikut minit, manakala Roslan ditugaskan untuk membuat demonstrasi kaedah pengajaran topik tersebut.

Setiap kumpulan yang membentangkan rancangan pembelajaran mereka menyediakan demonstrasi berbentuk interaktif untuk menarik minat pelajar terhadap topik yang kumpulan tersebut ajarkan. Alhamdulillah kumpulan kami berjaya membentangkan kandungan pembelajaran dengan baik. Semoga ilmu yang dikongsikan dalam pembentangan ini dapat memberi manfaat kepada semua dan seterusnya memberi persediaan kepada semua untuk menghadapi dunia pendidikan yang mencabar di masa akan datang.

0 Comments:

Post a Comment



By :
Free Blog Templates