Rabu, 4 Januari 2023
FLIPPED CLASSROOM, PROJECT BASED, PROBLEM BASED, INQUIRY BASED LEARNING (PQI6004)
By Syaiful di Januari 04, 2023Seseorang guru atau sesebuah institusi pembelajaran perlu memikirkan kaedah yang bersesuaian untuk memastikan proses pengahjaran dan pembelajaran berlangsung dengan baik dan berjaya. Dalam sistem pendidikan masa ini terdapat pelbagai kaedah pembelajaran serta pengajaran bergantung kepada situasi persekitaran dan suasana pembelajaran setempat.
Dalam kelas PQI6004, kami diberi ruang dalam kumpulan untuk berbincang berkenaan empat kaedah pengajaran dan pembelajaran utama yang biasanya dipakai di sekolah atau guru pada masa ini.
Sesi perbincangan berkumpulan dalam kelas |
Empat kaedah utama yang dibincangkan untuk menjalankan proses pembelajaran adalah seperti berikut:
a) FLIPPED CLASSROOM
Konsep ini adalah konsep terbalik dari pembelajaran tradisional. Nota pembelajaran diberi terlebih dahulu secara dalam talian, dan latihan pembelajaran dibuat di dalam sesi kelas. Ianya memberi kelebihan kerana boleh diulangkaji awal dan lebih efektif proses pembelajarannya, namun terdapat kebatasan kepada pelajar,yang bukan semuanya memiliki teknologi serta guru yang perlu lebih banyak kerja daripada biasa.
b) PROJECT BASED LEARNING
Konsep ini merupakan pembelajaran merentas kurikulum,melalui satu projek khas yang dilakukan bersama antara pelajar dan guru. Konsep ini lebih mementingkan proses pembelajaran berbanding hasil pembelajaran. Konsep pembelajaraan ini digunakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang situasi dunia sebenar,dimna hasilnya akan banyak dipertontonkan kepada umum. Pelajar sendiri yang menentukan hala tuju projek. Kekurangannya untuk konsep ini ialah masa yang diperuntukkan boleh menjadi sangat lama serta hasil projek yaang tidak sepatutnya,memerlukan penerangan yang betul jelas sebelum projek dilaksanakan.
c) PROBLEM BASED LEARNING
Konsep ini ialah konsep pembelajaran berdasarkan suatu masalah yang dihadi. Kita diajar dalam konsep ini yang setiap masalah pasti ada cara untuk selesaikannnya, dimana ada ruang masalah,disitu ada ruang untuk belajar dan menyelesaikan masalah. Pembelajaran ini berpusatkan kepada pelajar dan menggalakkan pelajar untuk terus berinovasi,kerana setiap inovasi mampu menyelesaikan beberapa masalah berdasarkan situasi.Seseorang yang mngunkan konsep ini boleh memahami secara mendalam berkenaan apa yang mereka pelajari. Antara batas konsep ini ialah masa yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah serta kekangan dalam kefahaman kerana setiap masalah yang berbeza bukannya boleh diselesaikan melalui penyelesaian masalah yang sama.
d) INQUIRY BASED LEARNING
Konsep ini menekankan apa yang ingin diketahui seseorang itu. Apa yang akan dipelajari seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ingin dia ketahui(inkuiri). Terdapt empat jenis inkuiri yang diipelajari iaitu tersusun,respon terbuka,masalah dan berpandu.Antara kelebihannya ialah meningkatkan daya berfikir serta memperkukuhkan daya penyelesaian masalah,meningkatkan kreativiti,serta meningktakan kemampuan berkomunikasi. Antara kekurangannya ialah ianya terbatas kepada apa yang kita ingin tahu sahaja,di samping kesediaan guru dan pelajar dari segi emosi dan perkara lain yang mereka perlu lalui dalam konsep pembelajaran ini.

0 Comments:
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)