Rabu, 11 Januari 2023

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Sementara saya dan rakan saya menunggu pembentangan subjek ini, kami perlu menyediakan bahan pengajaran yang bersesuaian, sebelum dibentangkan dan diajarkan kepada orang lain. Kami perlu mencari kaedah atau pendekatan pengajaran yang sesuai sebelum diterjemahkan kepada pengajaran.

Apakah itu pendekatan pengajaran?

Pendekatan pengajaran merupakan suatu bentuk komunikasi yang membolehkan perkongsian ilmu dan pengetahuan berlangsung antara guru dengan pelajar dengan berkesan. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh dilakukan oleh para guru untuk menyampaikan isi pengajarannya kepada pelajar. Antaranya ialah:

( Dipetik dari laman web: https://edup3033.aminteach.com/2017/02/27/pendekatan-kaedah-teknik-dan-strategi/ )

1.Pendekatan Induktif

Pendkatan Induktif melibatakan aktiviti mengunpul dan mentafsir maklumat-maklumat serta membuat generalisasi dan kesimpulan. Mengikut B.Seaton. murid mengalami satu proses mentai ialtu mereka akan memerhati sesuatu peristiwa  tertentu untuk memperolehi satu generalisasi.Guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Murid dibimbing untuk berfikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi atau kesimpulan. Matematik, bahasa dan sain banyak menggunakan pengajaran induktif.

 

Kaedah inkuiri merupakan penemuan diamalkan apabila mengajar subjek Sains. Hal ini dapat dilihat seperti berikut:

Contoh khusus; ikan emas, udang, sotong berudu.

Memerhati dan mengkaji: bernafas melalui insang

Mentafsir dan membuat generalisasi:  haiwan yang hidup di dalam air  mempunyai insnag untuk bernafas.

Dalam pendakatan ini, pada akhirnya murid dikehendaki untuk membuat rumusan dalam satu ayat tentang pemerhatian mereka. Dengan bimbingan guru murid akan membuat rumusan bahawa haiwan yang hidup di dalam air mempunyai insang untuk bernafas. Guru dapat mengakhiri pengajaran dengan  mengambarkan generalisasi n dalam bentuk pengurusan grafik  atau gambar visual/  Sekiranya murid belum menguasai apa-apa  yang diajar, guru seharusnya  meminta murid menyatakan peraturan  konsep dan perkaitan -perkaitan yang diperolehi  sepanjang tempuh pembelajaran  sehingga mereka berjaya menguasainya.

Peringkat PelaksanaanCara Pelaksanaan
Peringkat 1:

Perancangan

  • Menentukan objektif pelajaran
  • Menyediakan contoh-contoh
  • Menyediakan soalan
  • Menyediakan alat bantu mengajar
Peringkat 2:

Pendedahan

  • Set induksi
  • Mengemukakan contoh-contoh
  • Memerhati contoh-contoh
Peringkat 3

Pembentukan konsep mentafsir diri-ciri

  • Mengenal pasti ciri-ciri
  • Menganalisis ciri-ciri
Peringkat 4:

Pembentukan kesimpulan

  • Merumus ciri-ciri
  • Membuat generalisasi
  • Menerang fungsi kesimpulan, hukum, prinsip, teori
Peringkat 5:

Penutup

  • Membuat kesimpulan kognirif
  • Membuat kesimpulan sosial
  • Memberi aktiviti susulan

 

Kebaikan pendekatan  induktif

  1. Pelajaran diterima dengan cara yang lebih konkrit kerana disertai dengan contoh-contoh yang munasabah.
  2. Murid-murid mempelajari melalui lisan, bacaan, dan karangan yang tidak disampaikan  sebagai tajuk pelajaran yang berasingan.
  3. Bahan diterima secara tidak langsung dan dapat digunakan secara praktik.
  4. Murid-murid mempelajara  benda-benda yang berguna dan  biasa ditemui  dalam bacaan dan karangan.
  5. Guru mudah menyusun pelajaran  mengikut prinsip-prinsip  kaedah kanak-kanak belajar, iaitu daripada yang senang kepada kebih susah.
  6. Murid-murid tidak perlu menghafal kerana contoh-contoh yang diberi adalah jelas.
  7. Sesuai dengan kehendak  ilmu pengajaran dan pendidikan iaitu beberapa amatan menjadi  satu tanggapan.

2.Pendekatan Deduktif

Stratagi deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid-murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam dan mencukupi serta berupaya memilih rumus , hukum, teorem , dan peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi kepada contoh-contoh khusus. Pendekatan ini selaras dengan  teori Pembelajaran Gestalt. Pengajaran dijalankan dengan guru mengemukakan generalisasi diikuti dengan contoh-contoh. Jenis-jenis pendekatan deduktif  bertujuan seperti berikut:

Menyelesaikan masalah: Contoh setelah murid mempelajari  imbuhan beR- mereka disuruh membuat beberapa ayat  dengan menggunakan imbuhan beR-

Membuat generalisasi baru: Contohnya setelah murid mempelajari rumus luas segi empat tapat, mereka dibimbing menggunakan rumus tersebut untuk mendapatkan rumus luas segi tiga bersudut tegak.

Membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari: Contohnya , setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahanatas garis lurus, mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah  tiga sudut dalam sebuah segi tiga.

 

Peringkat PelaksanaanCara Pelaksanaan
Peringkat 1:

Pendedahan

Guru memulakan pelajaran dengan menyediakan murid terlebih dahulu , kemudian memperkenalkan tajuk, tujuan pengajaran dan isi pelajaran.
Peringkat 2:

Mengemukakan generalisasi

Guru menernagkan peraturan, rumus tata bahasa, menerangkan pengertian dan hukum yang tertentu.
Peringkat 3:

Menganalisis konsep

  • Pengajaran guru tertumpu kepada usaha menjelaskan generalisasi kepada murid.
  • Guru mewujudkan pelbagai aktiviti.
Peringkat 4:

Mencuba generalisasi

  • Dijalankan dalam bentuk kumpulan.
  • Melihat kembali kebolehan murid menguasai kemahiran tertentu.
Peringkat 5:

Penutup

  • Guru membuat kesimpulan berdasarkan  perkara-perkara yang telah dipelajari.
  • Guru memberikan aktiviti tambahan untuk meningkatkan kefahaman.

Kelebihan Pendekatan Deduktif

Cara yang mudah untuk menyampaikan  isi pelajaran.

Menjimatkan masa dan tenaga serta tidak perlu membuat banyak p[ersediaan

Pendekatan ini sesuai digunakan kerana secara tradisinya , guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.

 

3. Pendekatan Eklektik

Eklektik bermaksud bercampur. Pendakatan hasil gabungan kedua-dua pendakatan induktif  dan deduktif digunakan dalam proses pengajaran Sains dan Matematik. Pendekatan ini menggunakan stratgei berpuisatkan guru , berpusatkan murid, berpusatkan bahan atau berpusatkan tugasan. Lazimnya digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan. Tujuan pendekatan  Eklektik adalah untuk menghasilkan satu strategi  pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang. Menurut Kamarudin dan Siti Hajar (1999), ciri-ciri pendekatan eklektik adalah seperti berikut:

  • Menggunakan pelbagai kaedah.
  • Menggalakkan daya usaha dan kretaviti guru.
  • Banyak menggunakan latihan dalam pengajaran.
  • Menekankan penglibatan murid secara aktif.
  • Menekankan kemahiran kognitif.

 

Kelebihan pendekatan  eklektik

  1. Memudahkan guru mentadbir pengajaran, memberi banyak contoh dan penerangan sekali gus meningkatkan pemahaman murid.
  2. Murid dapat belajar dan mengikuti pengajaran mereka dengan lebih mudah dan meyakinkan.
  3. Secara tidak langsung dapat mengurangkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pendekatan tersebut.
  4. Sesuai digunakan untuk kelas yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan.
  5. Pengajaran disampaiakn dengan menggabungkan semua /sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baharu.;

 

4, Pendekatan Tematik

Pendekatan tematik lazimnya digunakan dalam kebanyakan program pendidikan awal kanak-kanak. Pendekatan ini digunakan dengan merujuk kepada tema  yang terkandung dalam kurikulum mengikut minggu berkenaan.Tema akan disusun mengikut perkara atau isu yang biasa.

Pendekatan bertema merujuk kepada tema atau topik yang dipilih  bersesuaian dengan masa, tempat, minat, latar belakang dan tahap perkembangan murid. Ini meliputi penggunaan satu tema umum merentasi bidang pembelajaran.Pemilihan tema berdasarkan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa.Saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru  yang diperolehi secara tersusun dan sistematik.

Contoh dalam pengajaran prasekolah,. tema akan disusun mengikut perkara atau isu biasa seperti keluarga saya kepada yang kurang biasa seperti adat resam kaum di Malaysia.Pengajaran menggunakan tema disampaikan melalui konsep yang lebih besar.Satu-satu tema dipecahkan kepada beberapa komponen kecil. Tema dipecahkan kep[ada sub topik untuk perbincangan sama ada dalam kumpulan pelbagai kebolehan atau kumpulan sama kebolehan.

Pendekatan secara bertema ini membolehkan murid menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasikan pengetahuan. Penggabungan pelbagai idea  yang berkaitan dengan satu konsep yang lebih meluas atau tema membolehkan  murid menyatukan pelbagai fakta.

Prinsip pengajaran secara tematik

  1. Tema dipilih harus sesuai dengan minat dan kebolehan serta pengalaman murid.
  2. Tema harus berkait rapat dengan kehidupan harian murid.
  3. Tema mempunyai skop yang luas dan meliputi pelbagai bidang.
  4. Sekuen sesuatu tema amat penting agar murid dapat mengikuti perkembangan topik dengan lancar.
  5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tema harus merangkumi pelbagai bidang kurikulum. Pengabungan jalinan bertujuan menyumbang kepada aspek JERIS.
  6. Pengajaran dan pengembangan tematik memerlukan  pencetusan idea yang banyak dan pelbagai.

 

Peringkat PelaksanaanCara Pelaksanaan
Pilih satu tema
  • Tema perlu cukup luas untuk memuatkan maklumatdaripada banyak bidang bagi sesuatu mata pelajaran
Bina jaringan perancangan
  • Membuat sumbang saran untuk membina carta atau peta sistematik yang meneroka pelbagai contoh timbulnya tema.
  • Membuat jaringan bersama rakan untuk menghasilkan  pemikiran divergen.
Pilih bahan
  • Perancangan bertuuan menyediakan bahan yang banyak. Contoh bahan seni, sastera, masyarakat, dan teknologi.
Rancang aktiviti
  • Memilih dan mereka bentuk aktiviti yang sesuai dengan tema.
  • Menggunakan bahan-bahan yang anyak dan menggalakkan peningkatan prestasi murid ke arah pencapaian  matlamat pembelajaran.

 

Kebaikan pendekatan tematik

  1. Meningkatkan kecekapan taraf pemikiran murid.
  2. Motivasi murid dapat ditingkatkan dan diperbaiki.
  3. Seluruh kegiatan lebih bermakna bagi murid sehingga hasil pembelajaran dapat bertahan lebih lama.

 

5. Pendekatan Integratif

Pendakatan integratif bertujuan mewujudkan persekitaran pengajaran yang meransang murid-murid untuk menggunakan kemahiran asas, memahami hubungan antara disiplinakademik yang berbeza-besa, menghargai unsur kepelbagaian, dan berusaha secara produktif ke arah pencapaian satu matlamat yang sama. Pendakatan ini membolehkan guru memberi fokus kepada kandungan dan kemahiran berfikir. Langkah pengajaran dan pembelajaran integratif  berdasarkan langkah  Hilda Taba (1962).

Jika guru menggunakan pendekatan integrafif yang  mengabungjalinkan beberapa pendekatan, kaedah, strategi dan teknik, murid-murid akan l;ebih mudah memahami perkara yang disampaikan. Guru juga akan sentiasa berusaha mengintegrasi idea-idea baharu dalam unit-unit pengajaran sedia ada supaya pembelajaran murid-murid bertambah menjadi lebih berkesan dan berupaya mengaplikasikan perkara yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Berbanding dengan kaedah pengajaran langsung seperti kuliah iaitu murid dikehendaki untuk duduk dan dengar, pendakatan integratif memerlukan  murid untuk berfikir, mensintesis, dan memberi gerak balas terhadap perkara yang diajar.

 

Prinsip-prinsip pendekatan integratif

  1. Tumpuan diberi kepada strategi pemudatan murid.
  2. Penggunaan pembelajaran aktif.
  3. Peranan guru sebagai fasilitator.
  4. Keutamman diberi kepada kemahiran asas.
  5. Peluang untuk kerja berpasukan.
  6. Penggunaan teknologi dalam menyiapkan tugasan/projek.
FasaCara Pelaksanaan
Fasa 1: Menghurai
  • Murid digalakkan untuk menghurai tentang ciri sesuatu aspek yang dikaji. Contohnya guru meminta murid menghuraikan ciri-ciri katak dan diikuti dengan kodok.
Fasa 2: Membandingkan
  • Apabila kedua-dua aspek diperhati dan dihuraikan, murid diminta untuk membuat perbandingan antara kedua-dua haiwan, iaitu katak dan kodok.
Fasa 3: Menerangkan
  • Setelah mengenal pasti persamaan  dan perbezaan katak dengan kodok, murid diminta menerangkan dengan lebih terperinci tentang  ciri-ciri katan dan kodok.
Fasa 4: Hipotesis
  • Selepas menerangkan persamaan dan perbezaan, murid diminta membuat hipotesis.
Fasa 5 : Membuat generalisasi
  • Murid diminta membuat rumusan tentang maklumat yang dikumpulkan dan membantuk  satu atau lebih generalisasi.

0 Comments:

Post a Comment



By :
Free Blog Templates