Jumaat, 12 Disember 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum ini saya ada terbaca di laman web kfc berkenaan kfc untuk golongan kurang upaya. Maka dalam masa satu tahun saya usaha untuk mencari bangunan tersebut. Alhamdulillah ketemu jua semalam. Lokasinya terletak betul2 di sentul boulevard.

Sedetik saya masuk kedalamnya,saya merasakan suasana yang begitu berbeza kalau di kfc lain tukang ambil order dan orang belakangnya kecoh riuh,tapi tidak disitu. Sangat sunyi.

Bila ambil order,tak boleh guna cara biasa,kena order mengikut cara mereka faham. Apa yang saya boleh katakan,mereka ini golongan yang hebat. Mereka boleh buat kerja dengan sangat baik,walaupun mereka punya kurang upaya jika dibandingkan dengan kita. Kawasannya juga bersih dan servis makan yang diberi bertaraf A.

Kehadiran saya disitu,membuatkan saya terdiam dan perlu muhasabah diri sebanyak-banyaknya. Andai mereka mampu membawa diri merela jadi lebih baik dalam serba kekurangan,kenapa tidak kita?

Isnin, 7 Julai 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Ramadhan merupakan satu bulan yang sangat diberkati dan ditunggu-tunggu oleh setiap orang,khususnya umat Islam.

Pelbagai ragam manusia boleh dilihat sepanjang bulan ini. Ada yang menjadikan bulan ini sebagai masa untuk semata-mata beribadah,ada juga yang menghiasi bulan ini dengan aneka juadah. Ada pula yang buat tidak endah dengan kelebihan yang ada pada bulan ini. Apapun memang banyak perilaku manusia yang jarang dilihat pada bulan ini jika dibandingkan dengan bulan yang lain.

Semoga kita sentiasa memilih laluan yang betul agar apa yang kita lakukan dalam bulan ini menjadi sesuatu yang memudahkan kita di masa hadapan juga memberi kesenangan pada hidup kita dunia dan akhirat

Sabtu, 22 Februari 2014

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud:

  بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً   (Shahih Al Bukhari) 

“Sampaikanlah olehmu sekalian dariku meski hanya satu ayat.”


Tugas kita sebagai seorang manusia adalah untuk menyampaikan antara satu sama lain. Terutamanya ilmu yang berguna dan boleh dimanfaatkan oleh semua,walaupun sedikit. Menyampaikan ilmu ini menjadi satu kemudahan bagi yang menyampaikan dan terus diamalkan setiap orang berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya”
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]

Setiap daripada kita adalah pendakwah,yakni penyampai kearah kemudahan hidup manusia dunia dan akhirat. Bermakna kita perlu ada cara yang berkesan untuk menyampaikan apa yang kita ingin sampaikan.Antaranya ialah:

1)Ilmu pengetahuan yang cukup terhadap suatu perkara.
Hal ini perlu,kerana sekiranya apa yang kita sampaikan tidak cukup pengetahuannya,maka dibimbangi boleh dipertikai dan dipersoalkan apa yang cuba kita sampaikan. Persediaan boleh dilakukan melalui pelbagai rujukan yang sahih dan berguna serta penyelidikan yang baik.

2)Persediaan hati dan semangat yang kuat
Hati kita perlu bersedia menerima pelbagai cabaran dan dugaan yang menanti kita tidak kira masa dan tempat. Semangat yang kuat juga perlu,agar kita tidak mudah putus asa. Hal ini perlu kerana, menyampaikan sesuatu perkara yang baik bukanlah suatu kerja yang mudah.

3)Persediaan fizikal menghadapi serangan dan dugaan
Persediaan ilmu pengetahuan dan rohani sahaja tidak cukup,maka kita perlu bersedia dari fizikal kita untuk menghadapi serangan-serangan fizikal yang bakal tiba. Hal ini kerana bukan semua mampu menerima apa yang kita sampaikan,sehingga ada juga orang yang terguris hati dan perasaan hingga sanggup untuk menggunakan serangan demi menjatuhkan seorang yang menyampaikan ilmu. Antara contoh persediaan fizikal yang boleh kita sediakan ialah mempelajari seni bela diri,terutamanya silat. Pesan daripada salah seorang tokoh beladiri suatu ketika dahulu, Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad melalui pantunnya yang berbunyi:
"Wajiblah menjaga diri sendiri,
menerima amanah Tuhan Rabbi,
supaya menjadi Mukmin sejati,
demi menegak Islam yang suci"

4)Usaha,Ikhtiar dan Tawakal
Kita perlu berusaha sebaik mungkin untuk menyampaikan ilmu tersebut,setelah berusaha jangan lupa untuk berikhtiar dengan segala usaha kuat yang telah kita lakukan,dan jangan lupa,mohon pada Tuhan agar dipermudahkan segala apa yang kita ingin sampaikan untuk kemudahan sekalian manusia.

Dalam kata lain,kita perlu adakan persediaan untuk sesuatu situasi yang kita tidak pernah jangka dan aneh. Perumpaan Inggeris ada menyebut: "Preparing for the worst one".

Semoga sedikit perkongsian yang diberikan ini mampu memberi kita sedikit semangat dan persediaan yang perlu untuk kita sampaikan ilmu yang bermanfaat dalam situasi dunia yang semakin mencabar,InsyaAllah.

Sekian,wassalam.

Rabu, 12 Februari 2014

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap manusia,khususnya kepada umat Islam. Menuntut ilmu memberi satu kekuatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.

Salah satu cara untuk memastikan apa yang kita belajar masuk dan menjadi ibadah adalah berdasarkan niat kita. Sekiranya niat kita betul, InsyaAllah pelbagai manfaat yang kita boleh beroleh daripadanya. Jika selainnya,maka kita dapat apa yang kita usahakan(tujuan).

Sebaiknya menuntut ilmu ini,biarlah niat kita ini adalah untuk mencapai keredhaan Tuhan kita,supaya ia menjadi suatu ibadah kepada kita dan memberi manfaat di dunia juga di akhirat.




Ahad, 9 Februari 2014

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Kita semua berhak untuk mempunyai semangat kesukanan,saling menyokong pasukan yang kita gemari.NAMUN BEGITU,hendaklah kita elakkan semangat ini sehingga menjadi peperangan,pergaduhan,atau lebih buruk lagi,pembunuhan.

Semoga kita terus mempamerkan semangat kesukanan dengan professional dan lebih beretika.



Jumaat, 7 Februari 2014


"Untuk mencapai kejayaan mutlak perlu melalui cabaran naik dan turun....umpama mendaki bukit yang berpuncak-puncak...."

Gambar: Pemandangan Bukit Tabur
Lokasi:  Mahallah Siddiq IIUM

Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah catatan pertama saya dalam blog ini.

Semoga perkongsian yang disediakan selepas ini memberi manfaat kepada kita semua dunia dan akhirat InsyaAllah.



;;

By :
Free Blog Templates