Rabu, 14 Disember 2022

Setiap langkah yang berjaya pastinya mempunyai langkah-langkah yang diambil,sama ada secara sedr ataupun secara tidak sedar. Selalunya,langkah yang dirancang serta tersusun lebih menampakkan hasil yang baik(walaupun bukan semua). Begitu juga dalam aspe pegajaran dan pembelajaran. Mereka tidak lari dari keperluan untuk mengadakan ranangan pembelajaran. 

Rancangan pembelajaran merupakan perngkan langkah demi langkah untuk memastikan proses pembelajaran berlaku dengan baik. Tanpa langkah pembelajaran,pembelajaran akan jadi sedikit bermasalah, terutanya ketika menghadapi situasi luar jangka. Dalam kata mudah,sekiranya kita yang menajar tidak mampu hadir, rancangan pembelajaran boleh digunakan sebagai panduan oleh yang menggantikan kelas untuk melaksanakan proses pembelajaran seperti biasa.

Rancangan ini boleh disediaka semudahnya,namun perancangan yang lebih lengkap akan menghasilkan hasil yang lebih baik. 

Baru baru ini saya dimintta untuk mendapatkan satu rancangan pembelajran dari sebuah sekolah semasa saya mengikuti program penglaman sekolah, dan saya dimint untuk berkongsi rancangan tersebut. Berikut adalah rancangan yng akan say kongsikan bersama anda semua, subjek Sains Komputer Tingkatan Empat.

MINGGU

33

HARI

JUMAAT

TARIKH

18/11/2022

MP

SK

KELAS

4T

MASA

11:15 - 12:15

STANDARD KANDUNGAN

3.0 Interaksi Manusia Dan Komputer

STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Reka Bentuk Interaksi

3.1.1 Mengkaji keperluan interaksi antara manusia dan computer

3.1.2 Menilai produk interaktif berdasarkan tujuan dan prinsip asas reka bentuk interaktif

STANDARD PRESTASI

Di akhir pembelajaran murid akan dapat :

- Menghuraikan 6 keperluan interaksi antara manusia dan computer dengan jelas dan tepat.

- Membuat penilaian ke atas produk interaktif dengan tepat berdasarkan tujuan dan prinsip asas reka bentuk interaktif.

AKTIVITI PEMBELAJARAN

 

 

Induksi

- Murid dipanggil secara rawak dan diminta memberikan contoh penggunaan computer yang mereka nampak disekeliling mereka untuk memudahkan kehidupan seharian manusia.

- Murid dipanggil secara rawak dan diminta menghuraikan maksud “ïnteraksi”.

- Murid dipanggil secara rawak dan diminta memberikan satu kepentingan interaksi manusia dengan computer.

 

Aktiviti

1. Murid diterangkan berkenaan 5 prinsip reka bentuk.

2. Murid diterangkan berkenaan 6 keperluan interaksi manusia dengan komputer.

3. Murid diterangkan berkenaan cara membuat penilaian terhadap produk interaktif berdasarkan tujuan dan prinsip asas reka bentuk.

4. Murid ditunjukkan contoh borang soal selidik yang digunakan untuk membuat penilaian.

5. Murid diminta memberikan dua contoh skala yang digunakan dalam borang penilaian.

 

Pengukuhan

- Murid diminta membuat Latihan Formatif 3.1 di dalam buku teks mukasurat 324 dan 325.

 

Refleksi

- Murid dipanggil secara rawak untuk merumuskan hasil pembelajaran.

STRATEGI P&P

Inkuiri, Penyelesaian Masalah

BAND

3, 4

EMK

Nilai Murni

BBM

Buku Teks

REFLEKSI

 

__ / __ murid mencapai objektif pembelajaran.

__ murid perlukan bimbingan untuk mencapai objektif pembelajaran.

 

 

Khamis, 1 Disember 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ini pensyarah kami telah melakukan kelas secara tidak segerak. Pembelajaran ini berlangsung selama tujuh jam bermula dari jam empat petang hingga sebelas malam. Para pelajar perlu menyiapkan tugasan berdasarkan arahan yang diberi oleh pensyarah dan perlu diselesaikan dalam rangka masa yang diberikan. Tiada sesi kelas bersemuka dilakukan,namun kerja perlu disiapkan.

APAKAH ITU PEMBELAJARAN TIDAK SEGERAK?




Pada suatu masa, Malaysia berada dalam suatu keadaan yang menyebabkan rakyatnya tidak boleh keluar ke sana dan ke sini, terutamanya ke sekolah. Hal ini akkan menyebabkan keciciran berlaku dalam kalangan pelajar, khususnya pelajar yang berada di luar bandar dan pedalaman. Maka suatu kaedah pembelajaran perlu dibuat supaya pelajar yang sukar mendapatkan akses kepada pembelajaran tidak dinafikan hak menuntut ilmu. Maka terjadilah pembelejaran tidak segerak,atau lebih dikenali sebagai "asynchronous learning". Pembelajaran ini merupakan suatu bentuk pembelajaran yang tidak mewajibkan kehadiran mutlak pelajar dalam kelas. Pelajar diberikan kebebasan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, namun mengikut rangka masa yang ditetapkan. Kelebihan kaedah pembelajaran ini ialah pelajar boleh buat pada masa yang mereka suka,asal tidak melampaui had masa yang diberi. Kekurangannya ialah tahap kefahaman sebenar pelajar kepada sesuatu perkara dan kesukaran untuk bertanyakan pengajar sekiranya ada masalah.

Terdapat kaedah yang berlawanan dengan kaedah pembelajaran tidak segerak yang digunakan untuk mengelakkan keciciran pelajar, kebanyakannya diamalkan di sekolah swasta(di mana para ibu bapa membayar yuran bulanan dan pembelajaran perlu dilakukan). Kaedah ini dinamakan kaedah pembelajaran segerak.

APAKAH ITU PEMBELAJARAN SEGERAK?


Kebanyakan sekolah swasta, dan ada juga sekolah kerajaan kurang selesa dengan pendekatan pembelajaran tidak segerak. Pentadbir sekolah juga turut menghadapi maslah dalam mendapatkan laporan terkini perkembangan pelajar dari praktis pembelajaran tidak segerak. Disebabkan masalah yang dihadapi, pentadbir selaunya berpindah kepada kaedah yang boleh mencapai akses yang cepat kepada masalah pelajar serta penyampaian ilmu pengetahuan yang lebih baik, iaitu melalui kaedah pembelajaran segerak. Pembelajaran segerak atau lebih dikenali sebagai "synchronous learning" merupakan suatu pembelajaran yang memerlukan kehadiran pelajar dan guru dalam satu rangka masa yang diberikan, boleh terjadi secara fizikal dan juga secara dalam talian. Pembelajaran segerak memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru dan pelajar. Untuk pembelajaran fizikal,ianya menimbulkan kurang masalah,namun permasalahannya terjadi apabila berada di dalam talian. 

Antara permasalahan yang terjadi dalam pembelajaran segerak ialah kehadiran semua pelajar dalam suatu masa dalam talian sukar untuk dicapat kerana kekangan persekitaran dan capaian internet, memerlukan jaringan internet yang sangat kuat. Cabaran yang lain ialah fokus pelajar dalam talian yang sangat kurang dibandingkan dengan fokus dalam kelas fizikal.

Kesimpulannya, dua kaedah ini ada kebaikan dan kekurangannya. Pihak pentadbor sekolah perlu bijak untuk memilih kaedah yang bersesuaian supaya kandungan pembelajaran dapat disebarkan kepada semua orang dan meminimakan impak keciciran.

Khamis, 24 November 2022


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Dalam penulisan hari ini saya akan kongsikan berkenaan penggunaan teknologi dalam pendidikan dan bagaimana para guru boleh mengaplikasikannya dalam pengajaran. Untuk makluman anda, video ini saya buat dan edit menggunakan aplikasi web Lumen5.

Selamat menonton video yang saya kongsikan ini. Terima Kasih.

Rabu, 16 November 2022

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Sebagai seorang pendidik pasti akan menggunakan bahan daripada luar untuk dikongsi bersama. Namun begitu,ada batas yang perlu diperhaatikan sebelum berkongsi setiap bahan. Antaranya ialah berkenaan melindungi privasi dan harta kerja seseorang pencipta bahan. Hal ini penting bagi memastikan tiada masalah yang berlaku di hari ke hadapan,dan mengelakkan daripada urusan mahkamah.

Beberapa nilai hakcipta yang perlu diketahui,antaranya ialah:


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang ingin berkongsi bahan terutamanya bahan pembelajaran.


SUMBER: http://www.differencebetween.net/business/difference-between-creative-commons-and-copyright/

Rabu, 2 November 2022

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Matlamat pembelajaran merupakan aspek penting dalam menentukan hala tuju pembelajaran seseorang pelajar. Tanpa matlamat pembelajaran, pembelajaran akan berlaku secara kucar kacir dan tiada hala tuju.

Domain afektif merupakan salah satu instrumen yang boleh digunakan dalam pembinaan matlamat pembelajara untuk menjadikan matlamat pebelajaran itu lebih berkesan dan lebih baik perlaksanaannya. Domain afektif bermaksud pembinaan bermatlamatkan minat dan perilaku pelajar terhadap sesuatu yang mereka pelajari.

Berikut adalah carta domain afektif yang oleh diamalkan dalam pembinaan matlamat pembelajaran.


Berikut adalah contoh matlamat pembelajaran berdasarkan penggunaan domain afektif:

Topik: Introduction to Database

Tahap 1: RECEIVING (Menerima) 
"To select data and arrange it into a simple database"

Tahap 2: RESPONDING (Bertindak Balas)
"To contribute in development of a simple database"

Tahap 3: VALUING (Menilai)
"To demonstrate the way of development of a simple database"

Tahap 4: ORGANIZATION (Menyusun Atur)
"To formulate the easier way to develop a simple database"

Tahap 5: CHARACTERIZATION (Menjiwai)
"To modify a simple database and make it more useful and more effective"

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua dan membantu untuk pembinaan matlamat pembelajaran yang lebih baik, InsyaAllah.

Rabu, 26 Oktober 2022

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Pembangunan pendidikan yang lebih baik memerlukan matlamat. Sekiranya tiada matlamat, maka pembelajaran akan berlaku tanpa tujuan,atau lebih teruk lagi, pembelajaran lanagsung tidak berlaku.

Untuk memudahkan pembinaan konsep pembangunan matlamat pembelajaran, kaedah bloom taxonomy digunakan. Berikut adalah carta bloom taxonomy.


Untuk membina matlamat pembelajaran,berikut antara kata kunci yang boleh digunakan. Nombor yang dilabel merupakan tahap yang patut dikuasai,lebih besar nombor tersebut lebih baik tahap penguasaannya.



Berikut adalah contoh matlamat pembelajaran yang boleh dikarang berdasarkan kata kunci yang diberikan:

TAJUK: Introduction to Wired and Wireless Network Device


Lessons Objective:

Tahap 1 (Remember): “Student can remember the definition of wired and wireless network and device”

Tahap 2 (Understand):  "Student can compare the similarities and differences of wired and wireless network and device"

Tahap 3 (Apply): “Student can apply wired and wireless network in their home network”

Tahap 4 (Analyze): "Student can categorize network devices correctly into their respective categories and their useful attributes"

Tahap 5 (Evaluate): “Student can judge which are the best in applying network inside the community or situation either wired or wireless network”

Tahap 6 (Create): "Student can create basic wired or wireless network model prototype"

Semoga perkongsian yang diberikan ini dapat memberi panduan kepada semua untuk mengaplikasikannya dalam perancangan pendidikan lebih baik, InsyaAllah


Selasa, 25 Oktober 2022

Assalamualaikum WBT

Setelah sekian lama saya tidak bersiaran di sini, insyaAllah saya akan kembali bersiaran di sini secara berkala. Untuk masa ini saya sedang menyambung pengajian dalam bidang diploma pendidikan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Perkara yang mungkin saya akan kongsikan di sini lebih kepada perkongsian ilmiah dan boleh digunakan dalam aplikasi kehidupan seharian. Baru-baru ini saya dididik untuk menggunakan sebaiknya aplikasi digital untuk digunakan dalam bidang pendidikan. Sambil iu juga saya diingatkan dengan beberapa aspek pendidikan yang perlu dipatuhi untuk mencurahkan ilmu pengetahuan yang baik. 

Semoga anda semua dapat manfaat daripada perkongsian saya ini, terima kasih



;;

By :
Free Blog Templates