Khamis, 1 Disember 2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Baru-baru ini pensyarah kami telah melakukan kelas secara tidak segerak. Pembelajaran ini berlangsung selama tujuh jam bermula dari jam empat petang hingga sebelas malam. Para pelajar perlu menyiapkan tugasan berdasarkan arahan yang diberi oleh pensyarah dan perlu diselesaikan dalam rangka masa yang diberikan. Tiada sesi kelas bersemuka dilakukan,namun kerja perlu disiapkan.
APAKAH ITU PEMBELAJARAN TIDAK SEGERAK?
Pada suatu masa, Malaysia berada dalam suatu keadaan yang menyebabkan rakyatnya tidak boleh keluar ke sana dan ke sini, terutamanya ke sekolah. Hal ini akkan menyebabkan keciciran berlaku dalam kalangan pelajar, khususnya pelajar yang berada di luar bandar dan pedalaman. Maka suatu kaedah pembelajaran perlu dibuat supaya pelajar yang sukar mendapatkan akses kepada pembelajaran tidak dinafikan hak menuntut ilmu. Maka terjadilah pembelejaran tidak segerak,atau lebih dikenali sebagai "asynchronous learning". Pembelajaran ini merupakan suatu bentuk pembelajaran yang tidak mewajibkan kehadiran mutlak pelajar dalam kelas. Pelajar diberikan kebebasan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, namun mengikut rangka masa yang ditetapkan. Kelebihan kaedah pembelajaran ini ialah pelajar boleh buat pada masa yang mereka suka,asal tidak melampaui had masa yang diberi. Kekurangannya ialah tahap kefahaman sebenar pelajar kepada sesuatu perkara dan kesukaran untuk bertanyakan pengajar sekiranya ada masalah.
Terdapat kaedah yang berlawanan dengan kaedah pembelajaran tidak segerak yang digunakan untuk mengelakkan keciciran pelajar, kebanyakannya diamalkan di sekolah swasta(di mana para ibu bapa membayar yuran bulanan dan pembelajaran perlu dilakukan). Kaedah ini dinamakan kaedah pembelajaran segerak.
APAKAH ITU PEMBELAJARAN SEGERAK?
Kebanyakan sekolah swasta, dan ada juga sekolah kerajaan kurang selesa dengan pendekatan pembelajaran tidak segerak. Pentadbir sekolah juga turut menghadapi maslah dalam mendapatkan laporan terkini perkembangan pelajar dari praktis pembelajaran tidak segerak. Disebabkan masalah yang dihadapi, pentadbir selaunya berpindah kepada kaedah yang boleh mencapai akses yang cepat kepada masalah pelajar serta penyampaian ilmu pengetahuan yang lebih baik, iaitu melalui kaedah pembelajaran segerak. Pembelajaran segerak atau lebih dikenali sebagai "synchronous learning" merupakan suatu pembelajaran yang memerlukan kehadiran pelajar dan guru dalam satu rangka masa yang diberikan, boleh terjadi secara fizikal dan juga secara dalam talian. Pembelajaran segerak memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru dan pelajar. Untuk pembelajaran fizikal,ianya menimbulkan kurang masalah,namun permasalahannya terjadi apabila berada di dalam talian.
Antara permasalahan yang terjadi dalam pembelajaran segerak ialah kehadiran semua pelajar dalam suatu masa dalam talian sukar untuk dicapat kerana kekangan persekitaran dan capaian internet, memerlukan jaringan internet yang sangat kuat. Cabaran yang lain ialah fokus pelajar dalam talian yang sangat kurang dibandingkan dengan fokus dalam kelas fizikal.
Kesimpulannya, dua kaedah ini ada kebaikan dan kekurangannya. Pihak pentadbor sekolah perlu bijak untuk memilih kaedah yang bersesuaian supaya kandungan pembelajaran dapat disebarkan kepada semua orang dan meminimakan impak keciciran.
0 Comments:
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)