Sabtu, 12 Disember 2015

Sekian lama teringin kembali untuk menulis dalam blog ini,dan hari ini terdapatlah satu idea untuk dikongsikan kepada semua.

Berkenaan masa depan,ianya suatu yang perlu dilihat dengan serius. Kerana apa jua yang menentukan hala tuju kita ada kaitan dengan masa depan. Sekiranya kita tak ambil serius dengan masa depan kita,ada perkara lebih besar yang aakan menyusahkan kita. Rancanglah masa depan kita.

Namun begitu, kita kena teliti bagaimana cara kita untuk menentukan masa depan kita. Kerana kita tak pasti apa yang akan berlaku pada masa hadapan, terutamanya mereka yang membuat keputusan atas dasar kawan.

Tak salah ikut kawan,tapi tak semua keputusan yang kita nak buat untuk masa depan kita kena ikut kawan. Seolah-olah kita ini umpama tiada matlamat hidup yang jelas.

Kawan ini umpama pembantu kita,tapi tak bermakna mempengaruhi dasar kita terhadap sesuatu perkara,terutamanya yang melibatkan masa depan kita.

Sama-sama kitaa renung dan fikirkan, InsyaAllah.

0 Comments:

Post a Comment



By :
Free Blog Templates