Rabu, 26 Oktober 2022

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Pembangunan pendidikan yang lebih baik memerlukan matlamat. Sekiranya tiada matlamat, maka pembelajaran akan berlaku tanpa tujuan,atau lebih teruk lagi, pembelajaran lanagsung tidak berlaku.

Untuk memudahkan pembinaan konsep pembangunan matlamat pembelajaran, kaedah bloom taxonomy digunakan. Berikut adalah carta bloom taxonomy.


Untuk membina matlamat pembelajaran,berikut antara kata kunci yang boleh digunakan. Nombor yang dilabel merupakan tahap yang patut dikuasai,lebih besar nombor tersebut lebih baik tahap penguasaannya.



Berikut adalah contoh matlamat pembelajaran yang boleh dikarang berdasarkan kata kunci yang diberikan:

TAJUK: Introduction to Wired and Wireless Network Device


Lessons Objective:

Tahap 1 (Remember): “Student can remember the definition of wired and wireless network and device”

Tahap 2 (Understand):  "Student can compare the similarities and differences of wired and wireless network and device"

Tahap 3 (Apply): “Student can apply wired and wireless network in their home network”

Tahap 4 (Analyze): "Student can categorize network devices correctly into their respective categories and their useful attributes"

Tahap 5 (Evaluate): “Student can judge which are the best in applying network inside the community or situation either wired or wireless network”

Tahap 6 (Create): "Student can create basic wired or wireless network model prototype"

Semoga perkongsian yang diberikan ini dapat memberi panduan kepada semua untuk mengaplikasikannya dalam perancangan pendidikan lebih baik, InsyaAllah


Selasa, 25 Oktober 2022

Assalamualaikum WBT

Setelah sekian lama saya tidak bersiaran di sini, insyaAllah saya akan kembali bersiaran di sini secara berkala. Untuk masa ini saya sedang menyambung pengajian dalam bidang diploma pendidikan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Perkara yang mungkin saya akan kongsikan di sini lebih kepada perkongsian ilmiah dan boleh digunakan dalam aplikasi kehidupan seharian. Baru-baru ini saya dididik untuk menggunakan sebaiknya aplikasi digital untuk digunakan dalam bidang pendidikan. Sambil iu juga saya diingatkan dengan beberapa aspek pendidikan yang perlu dipatuhi untuk mencurahkan ilmu pengetahuan yang baik. 

Semoga anda semua dapat manfaat daripada perkongsian saya ini, terima kasih



;;

By :
Free Blog Templates